Polisi & Peraturan Meletak Kenderaan Di Fakulti Alam Bina

1. Hanya kenderaan yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk diletakkan di kawasan parkir  FAB.

2. Pelajar akan dikenakan bayaran RM50.00 untuk satu tapak meletak kenderaan bagi satu  semester.

3. Deposit sebanyak RM20 dikenakan untuk staf UM (selain FAB) dan staf sambilan.  Deposit ini akan
dikembalikan apabila kad ini dipulangkan semula selepas tamat  tempoh.

4. Pihak Fakulti tidak bertanggungjawab atas segala kejadian yang tidak diingini berlaku  pada
kenderaan yang diletakkan di sini.

5. Pelajar dilarang sama sekali meletak kenderaan di tempat petak kenderaan bertanda  “Staf” atau “Kakitangan” atau  “Pelawat” atau “Khas” atau dengan label tertentu.

6. Kenderaan yang diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan  akan di ‘clamp’ dan didenda sebanyak  RM100.00.

7. Kebenaran untuk meletak kenderaan boleh ditarik balik oleh pihak Fakulti jika tidak mengikut syarat-syarat di atas.

Last Update: July 08, 2015