• Welcome to Faculty of Built Environment
  • +603-79677955
logo
logo

GALERI PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYA (UNIVERSITI MALAYA RESEARCH GALLERY) DI DEWAN PAMERAN, KOMPLEKS PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI, IPPP UNIVERSITI MALAYA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

Sepertimana YBrs. Profesor/Profesor Madya/Dr/ Tuan/ Puan sedia maklum bahawa Universiti Malaya melalui portfolio TNC (Penyelidikan & Inovasi) di bawah Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan (BPP), IPPP dengan kerjasama PTj/ Fakulti/ Pusat Penyelidikan akan menganjurkan Universiti Malaya Research Gallery/ Galeri Penyelidikan Universiti Malaya yang bertemakan 'Cultural and Heritage' bermula 4 September hingga 3 Oktober 2023 bertempat di Dewan Pameran Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, IPPP UM. Bagi tujuan ini, Antara objektifnya adalah seperti berikut: 

(a) mempamerkan inisiatif dan hasil penyelidikan dan inovasi UM

(b) berkongsi dan menyampaikan penyelidikan daripada semua disiplin dengan komuniti, termasuk penyelidik, industri, media dan orang awam

(c) bertemu, berhubung dan melibatkan diri dengan penyelidik, industri, media dan orang awam.